Webinar NADI Kesejahteraan Kendiri-Gout & Kolesterol; Cara Nikmati Daging Korban Dengan Selamat

27 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Mei 2026, bermula pukul 10.30 pagi, 1 orang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti Webinar NADI Kesejahteraan Kendiri iaitu Gout dan Kolesterol; Cara Nikmati Daging Korban Dengan Selamat.

Webinar ini memberi penerangan jelas dan mudah difahami berkaitan penyakit gout dan kolesterol serta kaitannya dengan pengambilan makanan berasaskan daging. Peserta didedahkan dengan faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko penyakit tersebut, termasuk pengambilan makanan tinggi lemak dan purin secara berlebihan. Peserta juga didedahkan dengan cara memilih bahagian daging yang lebih sihat, teknik memasak yang lebih baik serta amalan pemakanan seimbang bagi membantu mengawal tahap kolesterol dan asid urik dalam badan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali